HALLO........

Nama pemilik : Nurul Razali Bin Mohd Razali
Tarikh Lahir : 24 Ogos 1987
Hobi : Buat apa yang diri rasa suka nak buat


5 perkara tentang Nurul Razali :


1) Sensitif (mengikut keadaan)
2) Cepat Mesra (kalau yg ader yg rajin melayan..hiks)
3) Berdikari
4) Tegas
5) Selalooo berfikiran +ve (pada masa yang tertentu, sangat tertentu SAHAJA)


5 perkara yang sangat tidak bagus Nurul Razali :


1) benci haiwan berkulit licin (ular+cicak+katak....p/s : ular, prnah pgg skali tp lpas tu sangat mengerikan)
2) Cepat merajuk (tapi cepatlah sangat reda merajuknya)
3) sangat suka mengacau org (lgi pendiam, lagi kuat org tu kena kacau...hiks)
4) suka nak lawak yg tak hengat (sape yg xtahan bek jgn dengar : attn)
5)Degil (hahahaha...)


Wednesday, May 4, 2011

Lawak Kampus...


Komik yang saya suka nak baca, nengok & gelak sensorang setakat ni ialah 'Lawak Kampus'....kenapa3??

  • Ringkas (sbb ader 4 kolum untuk satu cerita)
  • Mudah difahami (ianya ader terjadi di sekeliling kita)
  • Kelakar (xperasan kengkadang senyum sensorang mcm kambing...haha)
  • Wataknya (especially Vannese dan Aditas, they're cool...)
  • Seronok1000x!...(fuhh!!...penat nk sebut..)

Kat sini ader sedikit ringkasan tentang komik :

Lawak Kampus merupakan karya daripada Keith & Zelo yang memaparkan kehidupan remaja sekolah dalam menjalani kehidupan.Selepas Zelo meninggalkan Kumpulan Art Square,Keith meneruskan karya Lawak Kampus.

Hingga kini Lawak Kampus mempunyai 9 novel grafik dalam bahasa melayu dan kini banyak diolah dalam pelbagai bahasa, iaitu Cina dan Inggeris.


Senarai komik 'Lawak Kampus':


1.Lawak Kampus

2.Lawak Kampus Rebound

3.Lawak Kampus Revive

4.Lawak Kampus League

5.Lawak Kampus LogIn

6.Lawak Kampus Team Work

7.Lawak Kampus MoveOn

8.Lawak Kampus CONNECTION (Nov. 2010)

9.Lawak Kampus (Sr.9 Feb 2011)

Daripada Hitam Putih,kini Lawak Kampus berwarna dan diwarna oleh Siew yang merupakan pemenang anugerah PeKOMIK bagi Warnaan Terbaik

*So far yang saya ader hanya 3, sebab ianya terhad kt kawasan disini...antara watak yang ada didalamnya :

Vanness
Pelajar paling nakal di sekolah.Senang dikenali dengan rambutnya yang keperang-perangan dan bergogal oren.

Froggy
Seekor katak hijau yang sangat baik hati,pintar dan kaya walaupun kadangkala bersikap nakal akibat terpengaruh dengan sikap Vanness.Mempunyai kebolehan melihat hantu.

Aditas
Kawan baik Vanness dan sering terikut-ikut dengan sikap Vanness.Pengotor dan pandai bermain dalan semua sukan.

Xena
Pelajar perempuan yang mempunyai wajah hodoh,yakni berbibir tebal dan lubang hidungnya yang kembang.Gila bayang terhadap Vanness walaupun tidak sebaliknya,malah menjadi gadis pujaan Anthony. Ayahnya merupakan salah satu guru displin di sekolahnya.

Cikgu Noodle
Cikgu yang perasan bahawa dirinya yang kacak.Tidak disukai oleh Aditas dan kengkawannya, leh kerana sikap perasannya itu.

Si Kosong
Seorang pelajar yang kurang pandai dan lurus bendul.Suka membuat perkara-perkara bodoh dan tidak masuk akal.Selalu mendapat markah kosong di dalam peperiksaan.

Bepop
Pelajar yang mempunyai banyak jerawat di wajahnya,namun mempunyai ramai kengkawan.Di 'Lawak Kampus CONNECTION' m/s 84, bertajuk 'CERITA',Aditas dan Vanness membuat cerita mengenai jerawatnya,dimana jerawat Bepop adalah sarang alien yang bersaiz kecil.

No comments:

Post a Comment