HALLO........

Nama pemilik : Nurul Razali Bin Mohd Razali
Tarikh Lahir : 24 Ogos 1987
Hobi : Buat apa yang diri rasa suka nak buat


5 perkara tentang Nurul Razali :


1) Sensitif (mengikut keadaan)
2) Cepat Mesra (kalau yg ader yg rajin melayan..hiks)
3) Berdikari
4) Tegas
5) Selalooo berfikiran +ve (pada masa yang tertentu, sangat tertentu SAHAJA)


5 perkara yang sangat tidak bagus Nurul Razali :


1) benci haiwan berkulit licin (ular+cicak+katak....p/s : ular, prnah pgg skali tp lpas tu sangat mengerikan)
2) Cepat merajuk (tapi cepatlah sangat reda merajuknya)
3) sangat suka mengacau org (lgi pendiam, lagi kuat org tu kena kacau...hiks)
4) suka nak lawak yg tak hengat (sape yg xtahan bek jgn dengar : attn)
5)Degil (hahahaha...)


Saturday, July 28, 2012

Kucing Oh Kucing!!

Hai Mr.P, sihat? wee~


Baru je view2 dapur, sangat2 stress...sapa xcuci lepas masak..urrggghhh!! 
tapi3... hehehe ada satu citer nk share


Dulu disebabkan seekor bintang berdarah panas yang telah menyebabkan seorang budak mati, 
aku mencik sangat ngan kucing2... sangat3! 
tapi xdelah aku kejam sampai nk bunuh diorang
(alamak! terguna bahasa kasar...) sowiieee~ *muka xinnocent!


Dekat kolej aku, ada seekor kucing namanya ******* (dirahsiakan, sangat bermotif) hahaha...
aku xtakut ngan dia, serius... sebab dia dengar cakap, hahaha...sesapa yang kenal kucing ni
SERIUS, xkan mencik dia...hahahahahahahahaha


bila aku masak, aku cakap ******* keluar, dia pun keluar..
bila aku makan, aku cakap ******* pergi main jauh2, jangan kacau... 
dia pun duduk jauh2, konon2 aku nak bg sikit ler.. hehe 
mmg r bagi xbaik wat binatang macam tu, hehe..
bila aku sensorang basuh pinggan, baik je dia duk sebelah teman aku....
hahaha bahagia, motif lagi!!


nnt bila dah abis masa kuarantin aku kat kolej ni, tngal dia sensorang...
 tp xpe, kucing len kan ada..hahaha, jangan nakal2 k..jadi kucing baik taw...


sudah2, kenapa aku merepek bnyak pasal kucing ni dalam blan pose?? saje je...


baibai Mr.P, thanks sudi dengar citer aku... 



Wednesday, July 25, 2012

Hampir Setahun..

Hampir setahun xupdate, kesian Mr.P sensorang... huhu, tapi saya sayang awak Mr.P.. untuk kamu


Thursday, August 18, 2011

Malam yang sunyi...(Mood happy+kerinduan)

Assalamualaikum...hai! (xjawab dosa, kalo jawab...saaayaang!) hahaha..tetiba je nk guna ayat ni (credit to maria elena) actually...bukan nk citer pasal dier...tp pasal den!


Sebab ape aku letak lagu ni?? sebab aku rindu kt kengkawan aku dak ISMP (ERT)...huk3!! Fiza & Ieka...bila nk dengar lagu ni sesama ag?? lepas raye k...jumpa kt UPSI, haha...Aishteruuuuu....korang rindu ke x?? aku pun xtahu...senyap je, Ieka bz nk siapkan tempahan baju yer....fiza?? xkan bz jual nasi ayam?? hahaha...(gurau k..) rindu lor....


Yang ni laks??...opcoz aku masih merindui kengkawan aku yg kat PSIS dulu..huk3!! nmpak xkeserasian disini?? aku belajar kat dua tmpat yang bernama dengan nama 'Sultan Idris'...hehe, syukur...Alhamdulillah, aku msih diberi kesempatan untuk menyambung pengajian...walaupun lambat, Insya'allah..Tuhan dah aturkan kehidupan setiap hambanya, mudah-mudahan semuanya yang terbaik....Amin =) aku rindu korang ex-student HotCat Crewz....


Yang terindah??....hehe...tetiba laks jiwang yer?? =) aku merindui kisah lampau...segala kenangan yang terindah bersama yang 'teristimewa'...tidak kira ianya menjadi kenyataan ataupun tidak, ianya masih tersemat dalam kotak kenangan hati aku sampai bila2...walau sekecil zarah perkara/ barang/ perbuatan...akan aku simpan & kuncinya (dengan password) yang tidak akan ada sesiapa mampu memadamnya (wah...jiwang bhai) hahaha (dengan muka serius k....) sama ada 'Dia' yang dulu, kini atau selamanya...kerana apa? aku menghargai atas setiap perkara yang dilakukan hanya untuk aku....=) peace!


DIA (Tuhanku yang satu...), aku sentiasa dambakan kasihmu...aku sebagai hambamu, sentiasa berdoa agar aku tergolong antara orang yang beriman padamu...kerna mu ya Tuhan, aku menghadapi segala dugaan dan cabaran yang mendatang dengan penuh tabah dan keredhaan...

Padamu, dia telah kembali...aku mengharungi kehidupan aku tanpanya dengan sabar dan tabah, moga ENGKAU tempatkan dia dalam golongan orang yang beriman...MAK, ekin sentiasa merindui mak...ekin akan sentiasa doakan mak aman disana, ekin saaayangkan mak...=,)

Al-Fatihah

Tuesday, August 9, 2011

Selamat Menjalani Bulan Ramadhan...


Kepada kengkawan bloggers...sempena bulan Ramadhan ini, diriku memohon kemaafan andainya ada terkasar ataupun tersilap dalam perkataan mahupun perbuatan ku yang mungkin mengguris hati dan perasaan...=,)

Ramadhan dah datang, marilah kita banyak melakukan ibadat...TAPI...jangan di bulan puasa je, waktu2 lain pun kita patut lakukan...sesungguhnya, amalan kita di dunia ini akan dibawa ke 'hari perhitungan'...Mudah-mudahan kita tergolong dalam orang2 yang dicintai oleh Allah s.w.t Insyaallah....Amin


MARILAH BERSEDEKAH....pada orang yang kurang berkemampuan, anak-anak yatim & juga warga emas yang tidak dapat menyambut hari raya seadanya kita...Insyaallah, kita akan mendapat balasan dari redhaNya kelak =)

Tuesday, July 12, 2011

CINTA STYLO!! Episod 30 (Akhirnya Cinta...)


“Abang...!!” Akim memangku Aril di atas pelamin, dikejut Aril tapi tiada tindak balas. Akim bingung.

“Aril...Aril...bangun Aril” Ecah disamping Akim turut cuba menyedarkan Aril, tetap tiada tindak balas. Ecah melihat Akim, air matanya mula mengalir laju.

“Bonda...ayahanda...” Dato’ Ramli yang kaget melihat tetamu berpusu ke arah pelamin terdengar Akim memanggil-manggil.

“Sayang..apa yang dah jadi, kenapa Akim?” Datin Fatimah kehairanan, Adila turut terkejut mengiringi Dato’ Ramli dan Datin Fatimah ke arah Akim.

“Aril???” Dato’ Ramli terkejut sekujur tubuh anaknya seperti tidak bernyawa di lantai pentas pelamin yang tersergam indah itu.

“Adila...tolong Aril” Ecah meminta pertolongan Adila, pantas Adila memeriksa keadaan Aril.

“Akim...denyutan Aril makin lemah, kita kena bawa dia hospital...cepat!!”. Dengan berpakaian segak pengantin, Akim menggendong abangnya di belakang.

“Abang...bertahan, Akim tak boleh kehilangan abang....ABANG....”

*****

“Bonda...ayahanda....” panggilan bonda dan ayahanda meniti di bibir Aril selepas dia sedar.

“Yer sayang....” Datin Fatimah duduk disamping Aril, tatkala melihat Aril sedar...air matanya jatuh di pipi.

“Bonda...Aril rasa penat ler bonda”

“Tak pe lah sayang, Aril berehat ya...jangan banyak bercakap”

“Bonda...kenapa bonda menangis? kenapa ramai orang dalam bilik Aril ni?” Aril hairan melihat setiap orang dalam biliknya dalam keadaan murung, dilihat satu persatu wajah yang ada didepannya. Tok Wan, Opah, Haji Zulkifli, Hajah Semah, Is...Yazid, Zizi, Mak Ct...Adila, Dr.Emirza, Ecah, Akim....ayahanda dan bondanya.

“Abang...” “Abang Aril...” Akim dan Ecah memanggil Aril.

“Hehehehe....Ecah dah panggil Aril dengan panggilan ‘abang’??” Aril mengusap air mata yang mengalir di pipi Ecah yang duduk berdekatan dengan Aril bersama Akim.

“Kenapa semua orang sedih ni? Aril ok ler...kan Emirza?” Aril memandang wajah Dr.Emirza, sugul.

“Aril...sebenarnya...” Dr. Emirza mulakan bicaranya.

“Shhhh...” Aril memandang setiap orang yang tersayang dalam hidupnya, sayu hatinya.Pilu perasaannya tapi dia harus redha, ini adalah ketentuanNya.

“Aril...Tok Wan dan Opah doakan Aril akan cepat sembuh ya, Insyaallah” Opah yang mendengar kata-kata Tok Wan menahan tangisannya daripada dilihat Aril.

“Opah...Aril akan rindukan Opah...” Aril menghulurkan tangannya dan disambut dengan pelukan oleh opahnya.

“Aril....”

“Is??...” anak kecil itu mendekati Aril dengan memegang sebuah cenderahati kaca yang mempunyai istana kecil di dalamnya.

“Abang Aril....” Is mula menangis bila melihat keadaan Aril dalam keadaan pucat, letih dan lesu.

“Abang Aril, bila lagi kita nak bina istana pasir?” Aril yang mendengar pertanyaan Is mula mengalirkan air matanya, tidak dapat lagi ditahan. Dia tidak mungkin lagi dapat bermain dengan anak kecil itu.

“Abang Aril..kenapa Abang Aril nangis macam Is, Kak Chik marah abang Aril yer...takpe Is kan ada, Is saaayang kat Abang Aril...” Ecah yang mendengar kata-kata Is mengalir deras air matanya, terkenang kenangan semasa di rumahnya dulu bersama Aril dan Is.

Is berlalu selepas memberi satu kucupan di pipi Aril, Yazid dan Zizi mendekati Aril.

“Yazid, aku amanahkan kau jaga adik aku baik-baik...kalau aku betul-betul dah tak ada, kau kena jaga dia...aku tak nak dia menangis atau kecewa dalam hidup dia” Aril menggenggam tangan Yazid.

“No hal Bro, aku akan jaga dia...kau kena banyakkan berehat, ok” Yazid menepuk bahu Aril lembut, sukar rasanya melihat seorang yang bergelar rakan selama ini dalam keadaan sakit.

“Adila....” Aril memanggil Adila rapat dengannya.

“Ya Aril....” Adila mendekati Aril bersama Dr.Emirza.

“Aril...maafkan aku, aku tak dapat nak bantu apa-apa” Aril hanya mengangguk, dipegang erat kedua-dua tangan Adila dan Dr.Emirza.

“Emirza, aku nak minta tolong kau...tolong aku jagakan ‘bunga’ aku yang sekuntum ni sebaik-baiknya, kau benihkan dia dengan cinta kau...kau siramkan dia dengan kasih sayang kau, dan kau jagalah dia sepenuh hati kau...”

“Aril.....” Adila mengucup tangan Aril, Dr.Emirza hanya mampu mengangguk mengiyakan kata-kata Aril. Dia akan menjaga Adila sepenuh hatinya seperti mana rakannya itu menjaga Adila sebelum ini.

“Bonda....ayahanda....maafkan Aril, hanya cukup setakat ni yang Aril mampu untuk berjasa pada bonda dan ayahanda, sedih rasanya kerana tak dapat besama bonda dan ayahanda lagi...tapi tak mengapa Aril redha dengan ketentuanNya” air mata yang ditahan daripada tadi akhirnya jatuh dengan deras juga tatkala Dato’ Ramli dan Datin Fatimah memeluk anak mereka.

“Sayang....bonda dan ayahanda bersyukur kerana dikurniakan anak seperti Aril, bonda dan ayahanda memohon maaf jika ada kekurangan selama menjaga Aril didunia ini” tangisan Datin Fatimah semakin kuat, esakan semakin laju. Ecah dan Akim yang memerhati dari jauh datang dekat pada Datin Fatimah, cuba untuk memujuk bonda mereka.

“Bonda...ayahanda....adalah ibu bapa paling terbaik antara semuanya bagi Aril, maafkan Aril bonda....ayahanda” Akim mendekati Aril, disusuli Ecah.

“Abang....”

“Akim....” Akim lantas memeluk satu-satunya abang yang dia ada didunia ini.

“Abang jangan risau, Akim dan Ecah akan menjaga bonda dan ayahanda semampunya kami...kami akan menjaga keluarga kita sebaiknya abang” satu persatu pelawat yang melawat Aril keluar dari biliknya termasuklah Datin Fatimah dan Dato’ Ramli.

“Ecah....”

“Yer abang Aril...”

“Maafkan abang sebab merahsiakan perkara ini dari dulu lagi tanpa pengetahuan kamu berdua, abang balik ke Malaysia dengan satu perancangan untuk mencari Akim seorang calon isteri yang mampu menjaga dia dan keluarga abang....dan....” pernafasan Aril makin perlahan.

“Abang...” Akim menahan Aril dari terus bercakap tapi tidak diendahkan Aril.

“...dan...dan abang tahu Ecah adalah orangnya, kali pertama abang melihat Akim dan Ecah di galeri...abang tahu Ecah mampu untuk menjaga adik abang yang keras kepala, mengada-ngada, suka membuli ni....hehe” ada tawa dalam kata-kata Aril.

“yer abang, Ecah akan menjaga Akim....bonda dan ayahanda sebaiknya, abang jangan risau”

“Semua kenangan abang dengan Ecah akan abang ingat sampai bila-bila, hingga kini saat abang luangkan masa dengan Ecah berdua masih degar diingatan...Alhamdulillah Ecah kini sudah menjadi orang baru, sangat matang dan mampu berdikari....Ecah adalah adik ipar abang yang terbaik” pabila Ecah mendengar kata-kata akhir Aril, dirinya bagai disentap. Tangisannya makin laju dia lantas keluar dari bilik Aril.

“Aril...kenapa ini yang terjadi? Ya Allah, dugaan apa yang kau telah berikan kepada aku...aku belum bersedia untuk melihat Aril pergi meninggalkan kami” Ecah terduduk di kerusi menunggu, termanggu keseorangan.

“Akim...abang nak Akim jaga Ecah baik-baik ya, abang sudah amanahkan dia pada Akim...Akim kena jaga dia elok-elok, jangan sesekali Akim buli dia....kini, tanggungjawab besar telah pun abang berikan pada Akim. Abang sangat berharap Akim dapat menjaga bonda dan ayahanda sebaiknya”

“Ya abang...Insyaallah Akim akan berikan yang terbaik untuk Ecah...bonda...dan ayahanda” pantas Akim memeluk abangnya. Saat Akim menuturkan kata-katanya, 2 kalimah syahadah dituturkan oleh Aril. Perginya seorang hamba kepada PenciptaNya, Akim redha dengan pemergian seorang abang yang sangat disayang. Kenangan semenjak dari kecil mereka membesar bersama muncul bersilih ganti di kotak pemikiran Akim. Tidak akan pernah dia lupakan, melalui pengalaman itu dia menjadi semakin matang.

Selepas 4tahun berlalu...

“Airil....kenapa kamu kacau Amani tu?? kamu ni nakal yer....” seorang ibu muda dengan susuk tubuh badan yang masih segar berdiri didepan pintu sebuah banglo besar, di sentuh ibu muda tersebut.

“Sayang...kenapa ni?”

“Abang....tengok Airil tu, dia kacau Amani...nanti kalau Adila dengan Emirza nampak, tak elok pula”

“Tak apalah Ecah, Amani tu pun nakal juga...kalau yang perempuan tak mula kacau, yang lelaki pun tak melawan....” Adila dan Emirza muncul di pintu pagar memasuki rumah banglo milik Akim dan Ecah, Alhamdulillah....selepas 4 tahun Akim mengambil tempat abangnya sebagai CEO di syarikat mereka, Akim mampu untuk menjaga Ecah dan Airil.

“E’eh, cepatnya korang datang...diorang baru je balik dari nursery, korang tak payah datang pun tak apa...aku boleh hantar Amani balik rumah korang” Ecah membawa sedulang air minuman untuk tetamu di luar rumahnya.

“Emm...Ecah, jangan manjakan sangat Amani tu, makin nakal nanti dia”

“Tak apalah Adila, Ecah pun sejak Airil muncul dalam hidup kami dia tak buat apa...nak jadi suri rumah tangga sepenuh masa katanya, dia sendiri yang nak tengok Airil membesar...ada Amani makin bertambah cerialah dia”

“Airil....Amani...mari sayang, mama ada buat air kesukaan kamu berdua...’fresh orange’, mari..”

“Yeay! mama buatkan Airil ‘fresh orange’? hehehe....Airil suka, mama....jangan bagi Amani, tadi dia tak bagi Airil pinjam ‘colour pencil’ dia....”

“Sayang...tak baik cakap macam tu, kalau Amani tak nak kawan dengan Airil lagi lepas ni macam mana? Airil dah tak de kawan...nanti Auntie Adila ngan Uncle Emirza tak nak hantar lagi Amani kat rumah, kesian mama pun tak ada kawan....Airil tak sayang mama ke?”

“Emm..baiklah, Airil saaayang mama....Amani, Airil minta maaf ya?” Airil memberikan segelas ‘fresh orange’ pada Amani, keduanya saling ketawa. Akim yang memerhatikan gelagat isteri dan anaknya hanya tersenyum, teringat dia akan Aril...abangnya, kenangan mereka berdua masih segar diingatan. Walaupun sudah 4tahun masa berlalu, Akim tetap akan mengingati abangnya. Kerana Aril, dia menjadi semakin matang. Kerana Aril, dia disatukan dengan Ecah. Kerana Aril, dia dikurniakan kebahagiaan dalam rumahtangganya dengan dua cahaya yang amat disayanginya. Ecah dan Airil Azam Bin Afiq Hakim. mua l memejamkan ma bicaranya.

sugul.

an di balas dengduduk berdekatan dengan Aril bersama Akim.

...ayahanda dan bondanya.

h dalam pemerhatianangun dan keluar dari wad tersebut., ada lagi tau kedai tu. sembuh...boleh main futsal dengan A“omahnya mencekak pinggang. di yang masih lagi tercegat di pagar

CINTA STYLO!! Episod 29 (Hari Perkahwinan...)

Selepas sebulan membuat persiapan perkahwinan Akim dan Ecah, kini Aril lega melihat segalanya sudahpun sempurna. Semalam, Akim dan Ecah telah pun selamat diijab kabul.

Selamat pengantin baru
selamat berbahagia
selamat ke anak cucu
selamat sejahtera

Semoga berkekalan
semoga berpanjangan
semoga satu tujuan
semoga aman

Hidup mestilah rukun
sabar paling perlu
cinta setiap hari
senyum mesti selalu..
oh..oh..oh..

Credit : Selamat Pengantin Baru (Saloma)

“Sayang...kenapa muka sedih ni? Ecah dah pun jadi milik Akim tau...patutnya hari ni hari bahagia untuk Ecah” Zizi merapi-rapikan selendang Ecah di kepala.

“Akak...Ecah sedih bila kenangkan Aril” Ecah teringat dengan kata-kata Adila di Pavillion satu waktu dulu.

“Akim...Ecah...maaf untuk Adila cakapkan perkara ini, selepas pembedahan Aril yang lepas...Dr.Shieperd dan Dr.Meredith menyatakan yang Aril tak boleh tahan lama, Uncle Obri juga membuat kesimpulan yang sama...tapi selepas 2minggu ini, Adila lihat Aril semakin pulih. Tapi sebenarnya, Aril sedang memaksa dirinya untuk sihat hingga Akim dan Ecah diijab kabul kelak. Aril hanya tinggal beberapa minggu untuk hidup dengan kita, dan teringin sangat untuk melihat Akim mengahwini Ecah”

“Apa? betul ke apa yang ecah cakapkan ni?” Zizi terkejut mendengar perkara yang Ecah ceritakan.

“Emm..akak, macam mana kalau betul apa yang dikatakan Adila tu...Ecah tak dapat nak terima, Ecah dah anggap Aril macam abang Ecah...dia banyak menasihati Ecah, dia banyak mengubah Ecah” air mata Ecah mengalir di hari bahagianya.

“Ecah..cukuplah tu, jangan dikenang perkara yang lepas...Insyaallah, akak doakan Ecah akan berbahagia dengan Akim. Akak percaya Akim mampu untuk menjaga Ecah sebaiknya, jangan nangis lagi ok...” Zizi memeluk adiknya.

“Akak....” dua beradik itu saling berpelukan, sambil disaksikan Aril yang berada di luar bilik pengantin.

TOK!! TOK!!

Pintu bilik pengantin perempuan diketuk, Aril berdiri di luar bilik dengan senyuman manisnya.

“Aril??” Ecah terkejut melihat Aril yang kini sudah menjadi abang iparnya berdiri didepannya.

“Ecah, boleh Aril cakap personally dengan Ecah?”

“Emm...boleh” Ecah memberi isyarat pada Zizi dan mak andam untuk keluar sebentar, pintu bilik dibiarkan terbuka.

“Ecah...terima kasih kerana menerima Akim dalam hidup Ecah”

“Aril..”

“Aril tahu Akim sangat sayangkan Ecah dan sangat mencintai Ecah, dan Aril juga tahu Ecah juga rasa begitu pada Akim” Ecah mendengar kata-kata Aril.

“Aril berharap Ecah dapat menjaga Akim dan keluarga Aril dengan baik kelak” Ecah mula mengalirkan air matanya, dia teringat akan kata-kata Adila.

“Aril...kenapa cakap macam ni? biar kita sama-sama jaga ayahanda dan bonda...Ecah tahu Aril kuat, Aril boleh menghadapi segala cabaran dan dugaan yang datang. Aril kena kuat yer...”

“Ecah...Aril sayangkan Ecah sepertimana Aril sayangkan Akim, Ecah harus jadi kuat disamping Akim...dia tu keras kepala, mengada-ngada, suka membuli...hehehe” keduanya gelak ketawa mendengar kata-kata Aril, apa yang dikatakan Aril sama dengan dalam fikiran Ecah.

“Ecah...Aril doakan Ecah bahagia disamping Akim, diharap Ecah dapat membahagiakan Akim” Aril mengusap rambut Ecah, jatuh titisan air mata Aril di pipi Ecah. Ecah terasa makin sayu.

“Ecah...pengantin lelaki dah sampai, jom turun..” suara kedengaran diluar bilik, bunyi kompang sudah dimainkan diluar rumah.

“Emm..pergilah, Akim dah sampai” Ecah bangun dan memegang pipi Aril, dia sudah menganggap Aril sebagai abangnya selama ini. Mungkin kasih sayang yang dirasa selama ini bersama Aril adalah kasih sayang seorang abang terhadapa adiknya, kasih sayang yang diberikan takkan pernah dilupakan kerana kasih sayang itu yang telah mengubah dirinya yang selama ini berhati keras.

“Aril...” Ecah menoleh ke arah Aril sebelum keluar dari biliknya, Aril masih lagi tegak berdiri di situ melihat Ecah yang kini sudah pun menjadi milik Akim.

*****

Di perkarangan rumah Dato’ Ramli penuh dengan khemah, majlis menyambut menantu yang pertama ini diadakan dengan sangat meriah. Segala persiapan datangnya dari idea Akim dan Aril, sementalah kadangkala bonda juga turut memberi teguran jika sesuatu persiapan itu telah melebihi adat atau budaya masyarakat kita.

“Mana Ecah ni? tak turun pun...dah panas aku kat sini, tak jadi nak bersanding dengan aku ke?” Akim risau, seluruh tubuhnya dah mula berpeluh. Kipas yang mengipasnya tidak dapat mengurangkan rasa panas Akim dan gelisahnya menunggu Ecah di depan pagar rumah yang tidak muncul-muncul.

“Wei Akim, relaks ler...gelojoh ler kau, sabar ler...kejap lagi Ecah turun ler tu, yang kau ni berpeluh macam air terjun...kenapa? dah ler mak andam tu bagi aku berapa helai tisu je...tak cukup ni, aduyai..mak andam ni pun satu, bayar perkhidmatan nak mahal-mahal...nak vogue ler konon, bagi tisu 3helai je...dah tentu-tentu untuk aku tak cukup, untuk Akim lagi ler tak cukup...haha, baik guna kain je..boleh aku perah atas pelamin kang” Yazid selaku pengapit Akim pada hari itu membebel tak henti, bebelan itu merimaskan Akim yang berdiri di sebelah.

“Woit Yazid, apa yang kau bebelkan ni? kipaskan ler aku, dah panas aku ni...aku debik gak kau kat depan tetamu aku ni kang” Akim memandang Yazid tajam.

“Woo woo...sori bro, aku panas ni...saje nak lawak sikit, mana bini kau ni Akim...lambatnya turun, panas dah ni...haaaaaa, tu pun dia” Yazid menjenguk-jenguk pintu rumah Akim, dilihat Zizi yang tampak cantik dengan baju kurung biru muda (baby blue).

“Itu Zizi, bukan Ecah...” sempat lagi Yazid diusik Akim.

“Memang ler Zizi, takkan aku nak excited bila nampak Ecah...kang kau marah lak, hahaha” Akim sudah tak tahan mendengar lawak Yazid, sempat dia menyiku pinggang Yazid sebelum bergerak ke hadapan untuk bertemu Ecah.

“Ouch!! kurang asam jawa budak Akim ni...nasib baik kau kawan merangkap bos aku, kalau tak dah lama kau makan siku aku, huh!!” Yazid mengejar kembali Akim yang dah pun berjalan ke depan.

“Padan muka kau, tu ler membebel lagi...baru jadi pengapit aku, kalau kau kawin ngan Zizi...tak tahu ler macam mana Zizi nak layan cakap kau, hehe” Akim senyum sinis.

Perjalanan Akim terhenti bila sampai di samping Ecah, tangan mereka disatukan...berjalan seiringan ke hadapan. Pelamin dengan lace putih, dipenuhi dengan rose putih dan biru tersergam indah di atas pentas yang dibina di tengah-tengah halaman banglo Dato’ Ramli. Hasil tangan kecil bentuk rama-rama menghiasi latar belakang dua pengantin. Konsep alam menjadi tema perkahwinan dua pasangan ini.

Majlis dimulakan dengan ucapan selamat datang oleh pengacara majlis kepada tetamu VIP, dan tetamu VVIP serta rakan-rakan keluarga Dato’ Ramli. Disusuli dengan marhaban yang mengiringi pengantin naik ke atas pentas selepas kompang dipalu. Kemudian, di rahmati lagi majlis ini dengan bacaan doa oleh Ustaz Munir.

“Abang....akhirnya, Akim dan Ecah dah pun kita satukan. Saya merasa sangat bahagia” Datin Fatimah yang sibuk melayan tetamu sempat lagi bersembang dengan suaminya tentang anak mereka.

“Ye ler sayang, kita doakan kebahagiaan mereka ya...terima kasih sayang kerana mendidik dan menjaga anak kita dengan baik, abang bersyukur dikurniakan anak yang baik dan isteri yang sangat penyayang” Dato’ Ramli memeluk isterinya, dikucup dahi isterinya. Inilah ketentuanNya, setiap perkara yang terjadi ada hikmah disebaliknya.

“PERHATIAN!!”

Kedengaran suara pengacara majlis meminta perhatian tetamu, dijemput ibu bapa kedua-dua pengantin untuk menepung tawar. Dimulakan oleh Dato’ Ramli dan Datin Fatimah.

“Sayang...bonda nak Akim jaga Ecah dengan baik, bonda dan ayahanda sangat menyayangi kamu berdua” Datin Fatimah mengucup pipi Akim dan Ecah, ada air mata yang mengalir di hujung matanya. Ada sendu di hati Datin Fatimah, kini anak kesayangannya sudah menjadi suami orang. Mempunyai tanggungjawab yang lebih besar selepas ini.

Giliran Haji Zulkifli dan Hajah Semah...

“Kak Chik, ayah harap kak chik dapat menjadi isteri yang solehah...mendidik anak-anak menjadi anak yang soleh kelak, sepertimana ayah telah mendidik kak chik. Ayah mendoakan kak chik bahagia hidup bersama dengan Akim ya” Haji Zulkifli berlalu selepas memeluk anak dan menantunya, tidak sanggup dia berdiri lama disitu. Sedih bercampur gembira mengenangkan anak dara yang amat disayanginya dan akan dilepaskan tanggungjawab selama ini kepada orang lain.

Kini, tiba giliran Aril...

“Aril...dah sampai giliran Aril tu” Adila menegur Aril yang duduk di meja tetamu sambil melihat Akim dan Ecah di atas pelamin.

“Emm...tak payah kot, Aril rasa tak sedap badan ler” kata-kata Aril menarik perhatian Adila.

“Ha, tak sedap badan? Aril ok tak ni? kalo Aril tak sihat, jom kita masuk dalam rumah...lagipun kat luar ni panas” Adila menarik tangan Aril, tapi ditahan.

“Dr.Adila, Aril ok ler....Adila ni yang risau sangat, ok ler Aril pergi tepung tawar untuk diorang” Aril bangun dari kerusinya.

“Aril...” Adila tegas, namun...tidak dipedulikan oleh Aril. Melihat Aril yang berjalan menuju ke pelamin dengan muka yang pucat dan lesu. Mungkin keletihan membuat persiapan untuk majlis pada hari ini.

“Abang??” “Aril??” Akim dan Ecah terkejut melihat Aril yang naik ke pelamin dengan muka yang lesu.

“Eh? kenapa dengan kamu berdua ni? macam nampak hantu pula..abang ok ler, MC tu sengaja je jemput abang naik atas ni...tapi takpe bila lagi abang nak tepung tawar untuk kamu berdua kan? mana tahu tak sempat kan nak jumpa anak buah abang lepas ni, hehehe...” Akim dan Ecah turut tersenyum dengan kata-kata Aril, ANAK BUAH?? hemm...dalam senyuman Akim dan Ecah, keduanya bimbang dengan keadaan Aril. Untuk menyiapkan persiapan kahwin, Aril adalah orang yang paling bersungguh dari mereka. Ada titisan air mata Ecah yang jatuh di pipi, tak tahan lagi untuk dibendung. Aril mendekati Ecah.

“Ecah, jangan menangis lagi...cukuplah dengan air mata Ecah selama ni, Aril tak sanggup nak lihat air mata Ecah jatuh lagi...maafkan Aril” Aril mengusap pipi Ecah sambil diperhatikan Akim, perasaan sayang Aril masih ada lagi untuk Ecah...ianya diakui oleh Akim.

“Abang...” Akim memanggil abangnya.

“Akim, tolong jaga Ecah dengan baik...jangan sakitkan hati dia, dan yang paling penting jangan cuba-cuba nak buli dia...dia garang tau, Akim juga jaga diri dan keluarga kita dengan baik”

“Abang!...” Akim pantas memeluk abangnya, tetamu yang hadir turut menyaksikan perkara yang berlaku di atas pelamin. Dato’ Ramli, Datin Fatimah, Adila dan kedua ibu bapa Ecah turut menitiskan air mata menyaksikan keakraban dua adik beradik ini.

“Akim..jangan menangis, tak elok tau pengantin lelaki menangis di hari bahagianya...Akim kan dah jadi raja hari ni, RAJA SEHARI je...hehehehe” kedua beradik ini saling bergelak ketawa.

“Akim....abang rasa letih ler, akk....” Akim hairan kenapa abangnya senyap. Dilepas pelukannya, dilihat Aril....

“ABANG!!.....”

Tuesday, June 28, 2011

FINALLY...fuhh!!


Selamat pagi...hari ni aku xkeje, OFF day aku...yeay!! hari yg ditunggu...lama dah aku tnggu ni, satu badan sakit2...asyik keje je, capek (letih) banget....keje aku selama sebulan untuk siapkan department aku sendiri hampir siap 100%, syukur...=)



Harap2 ler keje aku tu berbaloi, jgn aku off satu hari ni...esok datang, mcm tongkang pecah balik..udah, penat wei!! susun tualan yg banyak...kecik besor, sumer ader...tuala mandi, tuala muka, tuala dapur...etc sangat2 rumit & menyakitkan hati...huh!!




And finally, i'm done it...sangat3 bersyukur, xde ag dengar bersin aku yg kuat tu ag...hari2 hirup udara ngan bulu2 dari tuala yg aku susun, huuu~ kita enjoy!! ( style nora danish k, bukan JAMBU....hahaha)

tada, salam....=)