HALLO........

Nama pemilik : Nurul Razali Bin Mohd Razali
Tarikh Lahir : 24 Ogos 1987
Hobi : Buat apa yang diri rasa suka nak buat


5 perkara tentang Nurul Razali :


1) Sensitif (mengikut keadaan)
2) Cepat Mesra (kalau yg ader yg rajin melayan..hiks)
3) Berdikari
4) Tegas
5) Selalooo berfikiran +ve (pada masa yang tertentu, sangat tertentu SAHAJA)


5 perkara yang sangat tidak bagus Nurul Razali :


1) benci haiwan berkulit licin (ular+cicak+katak....p/s : ular, prnah pgg skali tp lpas tu sangat mengerikan)
2) Cepat merajuk (tapi cepatlah sangat reda merajuknya)
3) sangat suka mengacau org (lgi pendiam, lagi kuat org tu kena kacau...hiks)
4) suka nak lawak yg tak hengat (sape yg xtahan bek jgn dengar : attn)
5)Degil (hahahaha...)


Monday, May 2, 2011

Cinta Stylo...Karya dulu2 =)


CINTA STYLO!!

Sinopsis:

Mengisahkan pertemuan seorang lelaki ego dan berazam tinggi bersama seorang gadis yang sukakan kebebasan dan cabaran. Akim dan Aishah adalah dua insan yang berbeza, dalam dunia realiti mahupun mimpi =) . Mereka sering bertelagah dan sentiasa mempertahankan pendapat masing-masing. Namun, dalam kehidupan seharian mereka hadir seseorang yang membuatkan si gadis berubah watak dan pemikiran tentang sesebuah kehidupan. Hati yang keras mula cair, menjadikan dirinya lebih kental dan positif. Jangan lupa saksikan ‘CINTA STYLO’ akan datang...Sokonglah karya Anak Malaysia…=D

                                                                        Disediakan oleh Penulis: Budak Comot.

 

SITI AISHAH@ECAH

  • Seorang gadis yang aktif, menyukai aktiviti yang lasak dan mencabar.
  • Merupakan seorang model sambilan.
  • Sifatnya yang ceria dan lasak disukai oleh orang yg berada disekelilingnya.
  • Dalam dirinya, terdapat sifat seorang anak gadis yang mempunyai kelembutan dan perasaan untuk dicinta dan menyayangi.

 

AFIQ HAKIM@AKIM

  • Seorang lelaki yang tegas dan sentiasa fokus dalam setiap perkara yang dilakukan.
  • Bekerja sebagai jurugambar bebas, mempunyai agensi pengiklanan yang dikongsi bersama teman rapatnya, iaitu Yazid.
  • Mudah melenting dengan sesuatu perkara yang tidak disenangi dan beliau merupakan anak kepada pasangan Dato’ Ramli dan Datin Fatimah.

 

KHAIRIL AZAM@ARIL

  • Jejaka kacak, aktif, sukakan kebebasan dan sentiasa berdikari. Namun, jiwanya dilengkapi dengan sifat penyayang dan beliau merupakan seorang pencinta wanita.
  • Mempunyai syarikat ‘courier’ antarabangsa yang dibina dengan titik peluhnya sendiri dengan sokongan dari keluarganya selepas menamatkan pengajian selama 2tahun di luar negara.
  • Sangat menyayangi adiknya iaitu Afiq Hakim Bin Dato’ Ramli dan juga ibunya Datin Fatimah.

No comments:

Post a Comment